DOKUMEN PENCERITAAN
JALAN AMPANG
Bangunan yang tersergam indah ini telah siap dibina pada akhir Disember 1910 untuk menempatkan salah satu cawangan kerajaan yang terbesar iaitu Pejabat Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
Dipisahkan dari Bangunan Sultan Abdul Samad oleh Sungai Gombak, kompleks bangunan ini dahulunya menempatkan pejabat Sanitary Board dan juga Dewan Orang Ramai (Town Hall) yang setiap satunya mempunyai anjung masuk khas sendiri.
Badan Kehakiman pada awalnya terletak di Court Hill (Bukit Mahkamah), di tapak Menara Maybank hari ini.
Java Street yang membahagikan kawasan utara dan selatan pusat bandar lama dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah atap yang dibina rapat-rapat.
Pada mulanya, tapak Masjid Jamek Sultan Abdul Samad merupakan sebuah taman perkuburan bagi penduduk beragama Islam yang tinggal berhampiran, terutamanya dari Kampung Rawa dan Kampung Melayu yang dahulunya wujud di sekitar Jalan Tun Perak.
Lama sebelum Masjid Jamek siap dibina pada tahun 1909 sekurang-kurangnya sebuah masjid lain yang berdekatan telah pun wujud sejak tahun 1870-an di Java Street.
Banyak butiran seni bina menarik boleh dilihat pada bangunan ala Eropah ini.
Bangunan Oriental bergaya Art Deco ini telah dirasmikan oleh Residen British Selangor, T.S. Adam, pada 29 Disember 1932.
Blok rumah-rumah kedai bertentangan bangunan lama Gian Singh & Co. di Jalan Tun Perak hingga deretan di Leboh Ampang pada suatu masa dahulu digelar sebagai ‘Kedai Kain Bombay’ memandangkan deretan itu didominasi oleh saudagar-saudagar dari Bombay (Mumbai) yang kebanyakannya menjual kain.
Dalam tahun 1850-an, kawasan antara Leboh Ampang dan Sungai Klang menempatkan sebuah kolam ikan (tobek) yang dimiliki oleh Sutan Puasa, salah seorang pemimpin masyarakat Mandailing.
Kawasan berbentuk segi tiga ini pada asalnya ingin dijadikan kediaman sementara bagi Residen British Selangor, Bloomfield Douglas.
Malacca Street (Jalan Melaka), salah satu jalan terawal di Kuala Lumpur, dahulunya menuju ke kawasan petempatan di tebing Sungai Klang yang dikenali sebagai Kampung Melaka.
Asalnya dikenali sebagai Chartered Bank of India, Australia & China, Chartered Bank adalah cawangan bank yang pertama di Kuala Lumpur, dibuka pada tahun 1888 di Jalan Raja.
Suatu masa dahulu, rumah kedai tiga tingkat dalam gaya Neo-Klasikal di seberang jalan yang mempamerkan angka ‘1934’ di bahagian pediment merupakan pejabat Tamil Nesan, akhbar harian Tamil tempatan yang pertama kali diterbitkan pada 24 September 1924.
Sebelum tapak bangunan bergaya Art Deco tiga tingkat ini dibangunkan, ia adalah sebahagian daripada sebuah kawasan petempatan di pinggir Sungai Klang.
Rumah kedai tiga tingkat berbentuk melengkung di seberang jalan telah dibina oleh Persatuan Eng Choo Kuala Lumpur yang diasaskan pada tahun 1920-an oleh komuniti Cina yang berasal dari Quanzhou (dahulunya Chinchew) di Wilayah Fujian.
Pada tahun 1959, di bawah pelan strategik American International Assurance (AIA) di negara ini, sebidang tanah seluas 3.5 ekar telah dibeli daripada juara tenis tempatan, Gladys Chua Sin Kah, cucu Loke Yew.
Dua buah tiang bata ini merupakan sebahagian daripada struktur pagar yang wujud suatu ketika dahulu, dipercayai sebuah laluan menuju ke arah sebuah tangga naik ke Convent Bukit Nanas atau mungkin ke rumah agam Alan Loke.
Sime Darby & Co. telah ditubuhkan di Melaka pada tahun 1910 sebagai sebuah agensi ladang getah dan kemudiannya meneroka industri kayu, bahan pengawet dan juga insurans kenderaan.
Dua bangunan moden yang mendampingi jambatan Jalan Dang Wangi merupakan mercu tanda bangunan gaya moden di Jalan Ampang.
Anda sedang berjalan di pinggir hutan simpanan tertua di negara ini.
Terowong merupakan salah satu strategi peperangan orang Melayu pada masa dahulu.
Pada tahun 1867 sewaktu meletusnya Perang Klang (Perang Saudara Selangor), orang-orang Mandailing yang diketuai oleh Raja Asal @ Ja Asai telah membina kubu di Bukit Gombak sebagai benteng mereka yang terakhir.